Thursday, October 7, 2010

femes~

Hattan, Zamani di UTP


2010/10/07

DALAM apa jua acara tidak akan meriah tanpa acara hiburan termasuk Pesta Konvokesyen ke-10 Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak.

UTP dibuka pada 10 Januari 1997 selepas kerajaan mempelawa Petronas membuka sebuah universiti. Kini pusat pengajian tinggi itu berjaya mencipta nama setanding universiti tempatan lain.

Menurut Penolong Pengurus Pesta Konvokesyen itu, Muhd Izzuddin Hamidan, majlis konvokesyen itu berlangsung selama empat hari mulai 14 hingga 17 Oktober ini. Ia acara tahunan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UTP.

“Pelbagai acara menarik diadakan di pesta itu termasuk mengundang dua penyanyi terkenal tanah air, Zamani dan Hattan (gambar) untuk menghiburkan keluarga dan saudara-mara yang datang meraikan anak serta ahli keluarga yang berjaya menggenggam segulung ijazah,” katanya.

Acara lain, antaranya pameran, diskusi mengenai kerjaya, gerai menjual pelbagai barangan makanan dan cenderahati, aktiviti menunggang kuda, memanah, paintball, menaiki belon panas, tunjuk cara menghias kek, zon kanak-kanak dan sudut bergambar.

“Semua aktiviti itu diadakan untuk membentuk kanak-kanak lebih yakin dan berani menghadapi masa depan yang penuh cabaran. Turut diadakan pesta buku oleh MPH dan komputer.

sumber=http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hattan_ZamanidiUTP/Article

p/s:haaa spe kte utp xfemes??msuk paper neh..haha

Saturday, October 2, 2010

berita...

MANCHESTER: Alex Ferguson akan membawa pasukan Manchester United ke Stadium Reebok hari ini bimbang mengenai bagaimana kehidupan peribadi Wayne Rooney mula memberikan kesan terhadap persembahannya di atas padang.




MERUDUM...Rooney hanya menjaringkan dua gol setakat ini.
Rooney menjaringkan dua gol saja setakat ini musim ini, ketika musim lalu dia sudah menjaringkan enam gol pada peringkat ini dan ada keraguan dia bergelut untuk menangani kisah kontroversinya.


“Saya tidak percaya dia ada masalah keyakinan,” kata Ferguson.


“Namun dia mula menyedari akhirnya, tanpa sebarang persoalan, apa bentuk fokus terhadapnya sebagai manusia biasa.


“Dia sedar apa maknanya menjadi tumpuan media bagi soalan yang tidak berkaitan dengan bola sepak. Saya tidak fikir dia boleh melepaskan diri dengan mudah ketika ini.” United membuat kunjungan singkat ke Bolton Wanderers mahu meneruskan rentak berikutan kemenangan 3-2 ke atas musuh tradisi, Liverpool hujung minggu lalu.

Namun prestasi Rooney dan tumpuan yang diterimanya ketika ini kelihatan bermain di fikiran pengurus itu.


“Dia tidak boleh bergerak tanpa paparazi mengekorinya dan bagi seorang yang muda, ia bukanlah apa yang anda mahukan,” kata Ferguson.


“Anda mahu bermain dan menikmati bola sepak tanpa sebarang tumpuan terhadap anda, kerana ia boleh memenatkan.


“Dia mahu terus bermain dengan bebas, tapi gangguan akhbar tabloid boleh menjejaskan sesiapapun.” Ferguson turut mendedahkan Owen Hargreaves akhirnya berjaya menangani masalah tendinitis selepas dua tahun.


Karier pemain tengah itu terjejas berikutan masalah yang memaksanya menjalani pembedahan dua kali di lututnya dan menyebabkan pemain itu beraksi hanya seminit dalam kesebelasan utama dalam tempoh dua musim.


Namun selepas menyaksikannya berlatih minggu ini, pengurus United itu percaya ia satu berita baik buat mereka.


“Owen Hargreaves kembali menjalani latihan dan dia kelihatan bagus,” kata Ferguson.

“Selepas menyaksikannya berlatih semalam, jika dia terus sebegitu dia akan memberikan saya masalah pemilihan, tidak ada keraguan mengenainya.” United akan berdepan Bolton sebagai pilihan dan sejarah memperkukuhkan idea bahawa mereka patut menang selesa di Reebok. - AFP

p/s:xpe,rooney xde,oshea ade! hahah