Saturday, October 2, 2010

berita...

MANCHESTER: Alex Ferguson akan membawa pasukan Manchester United ke Stadium Reebok hari ini bimbang mengenai bagaimana kehidupan peribadi Wayne Rooney mula memberikan kesan terhadap persembahannya di atas padang.




MERUDUM...Rooney hanya menjaringkan dua gol setakat ini.
Rooney menjaringkan dua gol saja setakat ini musim ini, ketika musim lalu dia sudah menjaringkan enam gol pada peringkat ini dan ada keraguan dia bergelut untuk menangani kisah kontroversinya.


“Saya tidak percaya dia ada masalah keyakinan,” kata Ferguson.


“Namun dia mula menyedari akhirnya, tanpa sebarang persoalan, apa bentuk fokus terhadapnya sebagai manusia biasa.


“Dia sedar apa maknanya menjadi tumpuan media bagi soalan yang tidak berkaitan dengan bola sepak. Saya tidak fikir dia boleh melepaskan diri dengan mudah ketika ini.” United membuat kunjungan singkat ke Bolton Wanderers mahu meneruskan rentak berikutan kemenangan 3-2 ke atas musuh tradisi, Liverpool hujung minggu lalu.

Namun prestasi Rooney dan tumpuan yang diterimanya ketika ini kelihatan bermain di fikiran pengurus itu.


“Dia tidak boleh bergerak tanpa paparazi mengekorinya dan bagi seorang yang muda, ia bukanlah apa yang anda mahukan,” kata Ferguson.


“Anda mahu bermain dan menikmati bola sepak tanpa sebarang tumpuan terhadap anda, kerana ia boleh memenatkan.


“Dia mahu terus bermain dengan bebas, tapi gangguan akhbar tabloid boleh menjejaskan sesiapapun.” Ferguson turut mendedahkan Owen Hargreaves akhirnya berjaya menangani masalah tendinitis selepas dua tahun.


Karier pemain tengah itu terjejas berikutan masalah yang memaksanya menjalani pembedahan dua kali di lututnya dan menyebabkan pemain itu beraksi hanya seminit dalam kesebelasan utama dalam tempoh dua musim.


Namun selepas menyaksikannya berlatih minggu ini, pengurus United itu percaya ia satu berita baik buat mereka.


“Owen Hargreaves kembali menjalani latihan dan dia kelihatan bagus,” kata Ferguson.

“Selepas menyaksikannya berlatih semalam, jika dia terus sebegitu dia akan memberikan saya masalah pemilihan, tidak ada keraguan mengenainya.” United akan berdepan Bolton sebagai pilihan dan sejarah memperkukuhkan idea bahawa mereka patut menang selesa di Reebok. - AFP

p/s:xpe,rooney xde,oshea ade! hahah

No comments:

Post a Comment